Blogger Widgets
>

Kata Ganda Berirama



Penggandaan Berentak (Berirama)J

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan
berentak (berirama), seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi
demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada 3 jenis ,iaitu :

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal.
J

    Penggandaan ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan
    pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal

     Contohnya :

 Kata nama    : kuih muih, lauk pauk , sayur-mayur
 Kata kerja    : cerai-berai, gotong-royong
 Kata adjektif: hiruk-piruk, warna-warni

ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
J

   Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsenan tertentu.

      Contohnya :

Kata nama    : batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat
Kata kerja    : dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir
Kata adjektif: huru-hara, kontang-kanting, kucar-kacir

iii)Penggandaan berentak bebas.
J

     Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

      Contohnya :
Kata nama : anak -pinak , saudara-mara , ipar-duai
Kata kerja    : ulang alik
Kata adjektif: lintang-pukang, remeh-temeh , simpang siur

   Contoh penggunaan dalam ayat.J :

   1.Tapak pembinaan sekolah baru itu dipenuhi dengan batu-batan.
   2. Jalan raya dari Segamat ke Tangkak bengkang-bengkok.

   3.Kebiasaannya,pada malam Tahun Baru Cina akan kedengaran dentam-dentum bunyi  mercun dan bunga api.
  
 4.Penduduk Taman Melayu Jaya sedang bergotong-royong membersihkan padang permainan  kanak-kanak.

   5.Beberapa orang murid mengalami cirit-birit setelah makan nasi lemak di kantin sekolah.

  6.Akif dan Aiman ditugaskan untuk mengangkat kuih-muih semasa kenduri itu.



diambil daripada:

http://roslidolhaji.blogspot.com/2012/11/kata-ganda-berirama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan