Blogger Widgets
>

Diri Saya

                    MUHAMMAD  SYAHMI

Nama:Muhammad Syahmi Bin Mohd.Noor
Tarikh Lahir:4/3/2004
Tempat Lahir:Hospital Tumpat,Kelantan
Ibu:Zalilah Binti Ismail
Ayah:Mohd.Noor Bin Samat
Jumlah Adik-Beradik:5 orang
Anak Ke:3
Warna:Hijau & Putih
Negara:Malaysia
Negeri:(Lahir)Kelantan/(Tinggal)Klang Gate

Pokok:Pokok Bunga Raya

Antonim

Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Contohnya:
  • lelaki - perempuan
  • bersih - kotor
  • muda - tua.
  • pandai - bodoh
Antonim ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna. Ada 3 jenis antonimi yang wujud:
i) Antonim Taksiran (Redible Antonimy) Antonim Taksiran merujuk kepada pasangan perkataan seperti besar/kecil, sejuk/panas, tinggi/rendah, tua/muda, gemuk/kurus, kaya/miskin, baik/jahat yang boleh ditaksirkan dan boleh digunakan di dalam soalan-soalan seperti berapa besar atau berapa kecil sesuatu atau berapa sejuk atau panas sesuatu itu.
ii) Antonim Penggenap Antonim penggenap merujuk kepada pasangan kata seperti lelaki/perempuan; mati / hidup, kalah/menang, kahwin/bujang di mana kegunaan sesuatu kata itu bermakna ketidakwujudan makna kata yang lain. Jadi hidup maknanya tidak mati.


iii) Antonim Sebalikkan Ini merujuk kepada perhubungan di antara dua kata berlawanan yang menunjukkan unsur sebalikkan di mana semestinya ada dua orang atau dua hala yang terlibat. Contohnya: jual/beli, tarik/tolak, ajar/belajar, beri/terima. Jadi, kalau ada yang menjual, mesti ada yang membeli; kalau ada pengajar, mesti ada yang belajar.

Sinonim

Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.
Sebagai contoh perkataan jika sama ertinya dengan andai. Contoh lain ialah dekad dengan dasawarsa, atau tamadun dengan peradaban. 3) Perhubungan Sinonimi Perhubungan Sinonim ialah perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya di dalam konteks yang berlainan. Factor-faktor yang mempengaruhi aspek ini adalah unsur-unsur seperti tahap formal atau tidak formal, unsur-unsur perbezaan dialek dan juga unsur-unsur tujuan penggunaan kata itu. Contoh:
  • Mati
    • Mampus
    • kojol
    • meninggal
    • wafat
    • mangkat
    • kembali ke rahmatullah
    • kerpus
    • modar
  • Basi
    • Rosak
    • busuk
  • Jemput
    • Pelawa
    • Undang
    • sila.
Sinonim ialah unsur yang selalu di dapati di semua bahasa dan konteks yang berlainan, mewujudkan perhubungan sinonimi yang berbeza di antara satu bahasa dan lain.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti tanya.

Kata Ganti Tak Tentu

Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seorang secara tidak tentu.
Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, dan bila-bila.

Kata ganti nama tak tentu

Kata ganti nama tak tentu digunkan untuk menunjukkan seseorang atau sesuatu benda, perkara, dan masa secara tidak tentu. Contoh :
a. siapa-siapa/sesiapa - untuk menggantikan orang.
b. apa-apa - untuk menggantikan nama benda atau perkara.
c. bila-bila - untuk menggantikan masa d.mana-mana - untuk menggantikan nama benda dan tempat.
Peringatan:
  1. Fungsi kata ganti tak tentu adalah berbeza sama sekali dengan fungsi kaa ganti tanya.
  2. Di hujung ayat yang mengandungi kata ganti tak tentu tiada tanda tanya (?) sebagaimana ayat yang mengandungi kata ganti tanya.
Contoh : Kesalahan dari segi kata
Ayat yang salah
Siapa yang bersalah akan tetap dihukum.
Apa yang dilarang oleh agama jangan dibuat
Ayat yang betul
Sesiapa yang bersalah akan tetap dihukum.
Apa-apa yang dilarang oleh agama jangan dibuat.
Keterangan
Salah penggunaan kata ganti tanya.

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan tempat atau cara.
Contoh: ini, itu, begini, dan begitu.

Kata Ganti Tanya

Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.
Contoh: apa, berapa, siapa, dan seumpamanya.

Kata Ganti Nama Diri

 Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Kata ganti diri pertama

Tunggal

  • aku—digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
  • saya—digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba—digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
  • patik—digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta—digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Jamak

  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua

  • anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
  • engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
  • tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
  • kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti diri ketiga

Tunggal

  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

Jamak

  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Kata Bantu

Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja (kata kerja bantu), frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Selain itu, kata bantu boleh dibahagi bahagi kepada dua jenis iaitu:


AkanBelumMasih
TelahSudahHarus
BolehDapatHendak
Mesti
1.     Kereta api dari utara telah sampai.
2.     Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3.     Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4.     Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5.     Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

Peribahasa


Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas.

Senarai Peribahasa Melayu (Kumpulan)

  1. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "A"
  2. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "B"
  3. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "C" dan "D"
  4. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "E" hingga "J"
  5. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "K"
  6. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "L"
  7. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "M"
  8. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "N" hingga "O"
  9. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "P dan Q"
  10. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "R"
  11. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "S"
  12. peribahasa bermula dengan huruf "T" dan "U"
  13. peribahasa bermula dengan huruf "V" hingga Y"
  14. Peribahasa bermula dengan huruf "Z"